Latar Belakang
Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Untuk pengiktirafan dan penghargaan guru-guru bukan Cina yang berkhidmat di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Dong Zong telah mengadakan ‘Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina’ kepada golongan guru bukan Cina pada tahun 2021. Anugerah ini akan diadakan setiap dua tahun bermula dari tahun 2021 dengan tujuan untuk menghargai jasa, sumbangan, dan semangat mereka untuk berkhidmat di SMPC.
Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Guru bukan Cina yang sanggup berkhidmat di SMPC telah mencerminkan konsep ‘hidup berbilang, makmur bersama’. Penganugerahan ini bukan sahaja menghargai sumbangan guru bukan Cina yang telah lama berkhidmat di SMPC, tetapi juga mengiktiraf jasa mereka dalam pendidikan Cina Malaysia.