Latar Belakang

Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

‘Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Cina Luar Negara’ diadakan oleh Overseas Community Affairs Council, R.O.C. (Taiwan) sejak tahun 1991. Tujuan anugerah ini adalah untuk menghargai jasa-jasa guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah Cina luar negara (luar dari Taiwan). Mulai tahun 2018, anugerah penghargaan ini telah merangkumi pengetua yang berkhidmat di sekolah Cina sekurang-kurangnya lima tahun. Kategori penganugerahan ini termasuk berkhidmat di sekolah Cina selama 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, dan 50 tahun. Hadiah bagi mereka yang lama berkhidmat di SMPC ialah wang tunai dalam Dolar Amerika Syarikat, sijil penghargaan, dan pingat kehormatan.

 ‘Pendidikan sebagai pintu peradaban dunia tidak akan terbuka kecuali dengan satu kunci, iaitu guru. Orang hebat mampu melahirkan beberapa karya bermutu, tetapi guru yang baik dapat melahirkan ribuan tokoh hebat.’ Dengan prihatin jasa-jasa para pendidik, terutamanya bagi pengetua dan guru-guru yang berkhidmat di SMPC, setiap tahun Dong Zong akan mengadakan majlis ‘Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru’ sebagai pengiktirafan dan penghargaan jasa dan sumbangan yang diberikan oleh para pendidik ini.

Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Pengetua Sekolah Menengah Persendirian Cina

Pada tahun 2013, dalam ‘Majlis Perjumpaan Pengetua Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)’ yang dianjurkan oleh Dong Zong, para peserta mengusulkan supaya ‘Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Pengetua’ dapat diadakan dengan tujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan pengetua SMPC serta meningkatkan motivasi dan semangat para pengetua untuk mentadbir sekolah.

Atas usaha para pentadbir Dong Zong lebih daripada setahun, akhirnya ‘Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Pengetua Sekolah Menengah Persendirian Cina’ dapat dilaksanakan. Majlis anugerah ini akan diadakan setiap dua tahun bermula dari tahun 2015. Bagi pengetua yang berkhidmat lebih dari 5 tahun adalah layak memohon.

Pengetua SMPC bukan sahaja bertanggungjawab untuk pengurusan sekolah dan pengumpulan dana demi pembangunan sekolah, malah bagi pengetua yang berkhidmat di sekolah berskala kecil yang berada di kawasan pedalaman, mereka terpaksa juga menjalankan kerja-kerja atau tugasan-tugasan ‘pekerja sekolah’. Pengetua di SMPC boleh diibaratkan sebagai ‘orang besi’, mereka sentiasa berusaha dengan proaktif dan menghadapi sebarang cabaran dan rintangan dengan sepenuh hati demi kemajuan sekolah.

‘Pendidikan adalah asas untuk membangunkan sesebuah negara.’ Dong Zong telah mewujudkan platform ini untuk menghargai jasa dan usaha pengetua dalam pembangunan pendidikan Cina serta pengorbanan mereka demi kemajuan pendidikan Cina.

Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Untuk pengiktirafan dan penghargaan guru-guru bukan Cina yang berkhidmat di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Dong Zong telah mengadakan ‘Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina’ kepada golongan guru bukan Cina pada tahun 2021. Anugerah ini akan diadakan setiap dua tahun bermula dari tahun 2021 dengan tujuan untuk menghargai jasa, sumbangan, dan semangat mereka untuk berkhidmat di SMPC.

Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Guru bukan Cina yang sanggup berkhidmat di SMPC telah  mencerminkan konsep ‘hidup berbilang, makmur bersama’. Penganugerahan ini bukan sahaja menghargai sumbangan guru bukan Cina yang telah lama berkhidmat di SMPC, tetapi juga mengiktiraf jasa mereka dalam pendidikan Cina Malaysia.

Bilangan orang yang menerima anugerah perkhidmatan
tahun 2023

Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru

Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Pengetua

Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Guru-guru